Halaman


Custom Search

Selasa, 1 Jun 2010

Rukun

Dalam posting kali ni, saya nak sebut pasai rukun-rukun dalam agama Islam. Rukun-rukun ni termasukla rukun islam, rukun iman dan lain-lain lagi yang akan saya nyatakan di bawah. Kalau rukun negara boleh hafal, sepatutnya rukun-rukun dalam Islam ni WAJIB kita hafal.

Bila dikatakan rukun ni maksudnya ialah, kalau kita tinggalkan salah satu rukun yang dinyatakan, maka tak sahlah ibadat yang kita buat tu.

Antara rukun-rukun yang nak saya nyatakan di sini ialah:

  • Rukun Islam

    1. Mengucap 2 kalimah syahadah
    2. Sembahyang 5 waktu
    3. Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
    4. Menunaikan zakat
    5. Mengerjakan Haji
  • Rukun Iman

    1. Percaya kepada Allah
    2. Percaya kepada Nabi dan Rasul
    3. Percaya kepada Malaikat
    4. Percaya kepada Kitab
    5. Percaya kepada Hari Akhirat
    6. Percaya kepada Qada' dan Qadar
  • Rukun Wudhu

    1. Niat
    2. Basuh muka
    3. Basuh kedua tangan hingga ke siku
    4. Menyapu sebahagian dari kulit kepala
    5. Basuh kedua kaki beserta buku lali
    6. Tertib
  • Rukun Sembahyang

    1. Berdiri betul
    2. Niat
    3. Takbiratul Ihram
    4. Membaca surah Al-Fatihah
    5. Rukuk dan tomakninah
    6. Iktidal dan tomakninah
    7. Sujud 2 kali dan tomakninah
    8. Duduk antara 2 sujud dan tomakninah
    9. Duduk tahiyat akhir
    10. Membaca tahiyat akhir
    11. Membaca selawat ke atas Nabi
    12. Memberi salam
    13. Tertib
  • Rukun Puasa

    1. Niat
    2. Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa
  • Rukun Nikah

    1. Pengantin lelaki
    2. Pengantin perempuan
    3. Wali
    4. 2 orang saksi
    5. Aqad (Ijab & Qabul)

1 ulasan:

Kamsinah Haron berkata...

bagus sngt2
rujukan
muslim sejati