Halaman


Custom Search

Jumaat, 1 Oktober 2010

Air Tanah Hapus Kuman Babi

SAYA mempunyai ramai kawan rapat yang bukan Islam dan mereka tertarik dengan amalan dan larangan bagi orang Islam.

Salah satunya adalah mengenai najis berat iaitu babi dan anjing. Allah menggariskan sesuatu larangan atas sebab tertentu dan sesetengahnya sudah dijelaskan berdasarkan kajian dan penemuan sains.

Saya menjelaskan kepada mereka larangan makan dan sentuh anjing disebabkan kehadiran parasit dan kuman yang boleh memudaratkan.

Tetapi saya masih tidak dapat mencari tujuan penggunaan air tanah dalam amalan menyamak. Saya ingin memohon pertolongan Dr dalam hal ini kerana saya berharap ia serba sedikit dapat menarik minat mereka mendalami agama Islam.

MIMI,
Sarawak

MENURUT mazhab Syafie, najis anjing dan babi termasuk dalam najis berat atau mughallazah. Cara menghilangkan atau menyucikannya ialah dengan membasuh sebanyak tujuh kali dengan satu air yang bercampur tanah.

Penggunaan air tanah amalan menyamak berdasarkan hadis nabi yang bermaksud: “Sucinya bejana kamu yang telah dijilat anjing ialah dengan membasuh sebanyak tujuh kali dengan air, salah satu yang utama dengan tanah.” (Muslim).

Sekali pandang, penggunaan tanah boleh diganti dengan bahan pencuci lain seperti sabun, klorox dan sebagainya sekarang ini.

Bagaimanapun, penggunaan air bercampur tanah masih lagi relevan dan diiktiraf syariah. Ini kerana ia dikira suci lagi menyucikan dalam Islam.

Lagi pula, tanah adalah bahan yang senang didapati berbanding bahan lain dalam semua keadaan dan masa.

Selain itu, ada kajian menunjukkan kuman yang apa pada babi dan anjing dapat dihapuskan dengan tanah kerana adanya unsur kimia dalam tanah itu sendiri.

Seterusnya, tubuh manusia yang dikatakan berasal dari tanah juga tidak mudah diganggu oleh kuman walaupun alam ini penuh dengan kuman (Haji Mohamed bin Jusoh, 1990: 11).

Itulah kebesaran Tuhan dan hikmat kejadian manusia daripada tanah dan penggunaan tanah dalam menyucikan najis berat.


Sumber: Hmetro - Fikrah Dr Salam

Jumaat, 20 Ogos 2010

Jika Rasulullah Berada Di Kalangan Kita

Video di bawah ni adalah video sebuah rancangan di Arab Saudi. Sebuah rancangan yang membincangkan tentang keadaan dunia sekarang sekiranya Rasulullah S.A.W ada hidup pada zaman moden sekarang.



Memang tak terjawab soalan last kat pompuan tu.

Khamis, 19 Ogos 2010

Zuriat

Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung alam surah Al-An'am ayat 59 yang bermaksud, "Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."

Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.
Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya disebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur  terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."

Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya adalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidak mampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.

Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut.

Rabu, 11 Ogos 2010

Ramadhan Datang Lagi

Ramadhan datang lagi. Kepada semua pengunjung blog ini, saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan. Semoga puasa anda semua diberkati Allah. Semoga kita berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik. Insyaallah...

Selamat Menyambut Ramadhan

Isnin, 2 Ogos 2010

Workaholic vs Solatholic

“Kami menghadapi masalah dua ekstrem dalam organisasi ni,” kata seorang pengurus bahagian sumber manusia.

“Ekstrem? Fahaman melampau? Militan?” tanya saya bergurau.

“Bukan. Tapi pertentangan antara dua golongan. Satu workaholic dan satu lagi solatholic.”

Saya terkejut dengan istilah itu. Workaholic memang selalu saya dengar tetapi kalau solatholic itulah kali pertama saya mendengarnya.

“Encik tahu apa maksud workaholic?” tanyanya.

“Orang yang gila atau mabuk kerja,” jawab saya merujuk kepada makna yang diberi dalam kamus seperti yang pernah saya baca dahulu.

“Solatholic pula orang yang gila solat!” jelasnya tanpa dipinta.

“Jadi apa masalahnya?’

Selasa, 13 Julai 2010

Sembahyang Dalam Air

Gambar di bawah menunjukkan pekerja di sebuah syarikat minyak di Arab Saudi. Setiap hari, mereka perlu bekerja di dalam air di tengah laut selama 4-5 jam sehari. Sekiranya pada waktu tersebut masuknya waktu solat, maka mereka akan terus menunaikan solat di dalam air dengan berpakaian selam. Kalau nak keluar ke permukaan dulu, tukar2 baju apa semua mungkin tak sempat, jadi diteruskan sahaja solat di dalam air.

Tak salah!
Sebab hanya solat membezakan antara Islam dan bukan islam...

Sebesar2 pencuri adalah orang yang mencuri waktu solatnya...

Jumaat, 9 Julai 2010

Tenanglah Duhai Hati

Renungan Jumaat: 9 Julai 2010


Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Jumaat, 2 Julai 2010

Tudung Labuh

Semoga bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.

Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Khamis, 1 Julai 2010

Cara Betul Memberi Salam


Satu hari tu dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.

Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kita berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

lagi satu... bila bagi salam kena la pendek, "assalamualaikum"...
Bukannya "assalamualaikummmmm"...

Sumber dari email...

Jumaat, 18 Jun 2010

Zionis Laknatullah


Tengah malam tadi, dapat sms dari sorang member. taktau la betoi ka dak.

Smsnya berbunyi begini:
"Fwd by friend to friends...:
Innalillaahi wa inna ilaihi roojiu'un...
Baru saja dapat khabar dari Dompet Dhuafa: Ambulan Team Mercy yang membawa doktor2 dari seluruh dunia menuju Palestin dibom Yahudi Laknatullah. 19 orang syahid, 12 orang doktor Team Mercy belum ditemukan. Mohon do'a dari semua mu'mim mu'minah. Dari: DDR & Dr. Jose Rizal."

"Terima kasih kepada encik Hairil kerana telah memberitahu hal sebenar. Rupa2nya berita ini adalah palsu. Pelik betul, apa la yang mereka dapat dengan membuat berita palsu macam ni. Kepada pembaca sekalian, abaikan posting ini. Saya takkan delete posting ini agar orang yang pernah mendapat atau membaca mesej ini tahu bahawa berita ini adalah palsu."

Khamis, 17 Jun 2010

Cara Mencuci Kencing

Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.

Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.

Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.

Isnin, 14 Jun 2010

Rokok


Tak tau la nak kata apa. Klik gambaq untuk baca dengan lebih jelas, pastu faham2 la sendiri...

Jumaat, 11 Jun 2010

Saling Mengingati



Selalu jugak dok dengaq kes macam nih. Bila kena tegoq ja kata, "Macam la hang tu baguih sangat". Ada jugak yang suka jawab, "Alaaa... kuboq masing-masing".

Walau seburuk manapun orang yang menegoq kita, kalau dia cakap benda yang betoi, kita ikut. Kalau dia cakap benda salah, kita pebetoi balik dia tu.

Sekurang2nya, bila kita buat baik tu, kita dapat pahala, orang yang suruh tu pun dapat pahala.










p/s: Post ini merangkap post ke-100.

Selasa, 1 Jun 2010

Rukun

Dalam posting kali ni, saya nak sebut pasai rukun-rukun dalam agama Islam. Rukun-rukun ni termasukla rukun islam, rukun iman dan lain-lain lagi yang akan saya nyatakan di bawah. Kalau rukun negara boleh hafal, sepatutnya rukun-rukun dalam Islam ni WAJIB kita hafal.

Bila dikatakan rukun ni maksudnya ialah, kalau kita tinggalkan salah satu rukun yang dinyatakan, maka tak sahlah ibadat yang kita buat tu.

Antara rukun-rukun yang nak saya nyatakan di sini ialah:

Rabu, 26 Mei 2010

Wudhu Zahir Dan Batin

"Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :

Selasa, 25 Mei 2010

3 Yang Menghancurkan Manusia

Ketua pemuda ahli syurga, Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma, di dalam himpunan nasihat dan kata – kata hikmah yang terakam di dalam sejarah ketinggian ilmu dan budinya pernah bekata;
“Kehancuran manusia adalah pada 3 perkara: 1) Sifat takabbur. 2) Sifat Tamak. 3) Sifat dengki. Adapun sifat takabbur, ia menghancurkan ugama dan kerananyalah iblis dilaknat oleh Allah. Sifat tamak pula, ia adalah musuh kepada diri sendiri dan kerananyalah nabi Adam dikeluarkan daripada syurga. Manakala sifat dengki adalah pengepala kepada kejahatan dan kerananyalah Qabil telah sanggup membunuh Habil.” ( Kitab ‘Allimu auladakum hubba aali baiti al nabi. ms 30 )
Inilah hikmah yang hebat dan cukup meruntun jiwa untuk menginsafi diri dan mendorong taqwa kepada Allah. Semoga Allah merahmati Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma dan menempatkan kita bersamanya dan para sahabat radhiaLlahu anhum di syurgaNya.

Selasa, 11 Mei 2010

Hadith

Hadith : “Daripada Abu Hurairah r.a. katanya:” Seorang Arab Badwi telah membuang air kecil di dalam masjid, lalu orang ramai pun bangun hendak bertindak ke atasnya. Maka rasulullah s.a.w bersabda (yang maksudnya): “Biarkan dia (hingga selesai ia membuang air kecil) dan siramkan sebaldi atau segayung air ke atas kencingnya itu. Sesungguhnya kamu diperintah untuk memberi kemudahan, bukan untuk mendatangkan kesusahan.” Riwayat al-Bukhari

Rabu, 5 Mei 2010

Haram Halal Dalam Facebook

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Rabu, 14 April 2010

Solat Qasar

Maksud Qasar:
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

Hukum Qasar:
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

1. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud:
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

2. Al-Sunnah yang bermaksud:
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?”
Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

Jarak Dibenarkan Qasar:
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

Syarat Solat Qasar:
1. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
2. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer/56 batu).
3. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
4. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
5. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

Jumaat, 9 April 2010

Rezeki

Telah banyak kali rasanya disebutkan oleh ribuan malah jutaan ilmuan Islam di seluruh dunia, bahawa menderma dan bersedeqah itu menambahkan rezeki dan bukan mengurangkannya.

Namun sudah tentu akan tetap wujud individu yang masih belum mampu memperolehi keyakinan bahawa rezekinya akan bertambah apabila menghulurkan sejumlah wang yang diusahakan dengan penat lelah itu.

Ini berlaku biasanya, disebabkan oleh minda individu terbabit yang mengecilkan skop rezeki hanya kepada penilaian naik turun harta dan wang di hadapan mata. Akibat dari itu, apa yang berkurang akan dirasa sentiasa menurun. Perasaan itu terus menerus mengunci dirinya untuk bersedeqah dan menyumbang, malah lebih serius apabila ada sebahagiannya menahan diri dari berbelanja untuk diri dan keluarganya.

Rabu, 7 April 2010

Naungan Allah

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” Riwayat at-Tirmidzi

Rabu, 31 Mac 2010

Perlukah Nasyid Cinta?

SOALAN:
Assalamualaikum Al Fadhil Ustaz
Barangkali ustaz tak berkesempatan untuk membaca email saya ini.. Namun doa dan harapan saya agar ustaz dan keluarga terus dalam rahmat dan barokah Allah..
Kebelakangan ini, dalam artikel ustaz ada menyebut tentang kalangan penasyid yang menyanyikan lagu 'cinta islamik' dan 'memuja wanita.. suara mendayu-dayu'
Sedikit soalan andai ada kelapangan ustaz tolong jawabkan ya..

"Apakah salah (hukum) menyanyi lagu cinta walau buat isteri, atau buat ibu.. atau buat guru wanita yg bukan muhrim.. dengan alasan sebagai medium luahan perasan untuk mengerat lagi kasih sayang dan silaturrahim... Bagaimana pula kalau mereka yang dipuja adalah ahli agama tersohor lampau seperti saidatina khadijah, aishah, tokoh sufi rabiatul adawiyah dan lain"
Saya yang kurang ilmu..
- Azalinor Saujana

JAWAPAN:

Hadith: Binatang yang boleh dibunuh

Hadith : Dari Aisyah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:" Terdapat lima jenis binatang merbahaya yang boleh dibunuh di luar tanah haram ataupun di dalam tanah haram iaitu ular, gagak, tikus, anjing gila dan helang." (Muslim)

Rabu, 10 Mac 2010

Orang Yang Paling...

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Isnin, 1 Februari 2010

Hadith

Hadith :
Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk.”

(Muslim)
Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”

Riwayat Muslim