Hadith
Dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: ”Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Huraian Hadith
- Orang yang bertanggungjawab akan memastikan dia mengetahui dimana orang yang dibawah jagaannya berada, terutamanya diwaktu-waktu penting.
- Waktu senja ialah waktu untuk bersiap untuk solat Maghrib yang pendek waktunya. Jika kita tidak bersiap awal, ada kemungkinan yang kita akan tergopoh-gapah mengerjakan solat Maghrib dihujung waktu dan memudahkan syaitan untuk mengganggu solat.
- Hendaklah kita sentiasa berhati-hati terhadap gangguan syaitan, terutamanya pada waktu senja, iaitu waktu mereka keluar berkeliaran.
- Untuk hidup aman di dunia dan akhirat, adalah perlu kita mengikut petunjuk dari Rasulullah SAW.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan