Halaman


Custom Search

Booking your hotel here!!!

Jumaat, 4 April 2008

Renungan

Hadith

Dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: ”Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.

(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith

  1. Orang yang bertanggungjawab akan memastikan dia mengetahui dimana orang yang dibawah jagaannya berada, terutamanya diwaktu-waktu penting.
  2. Waktu senja ialah waktu untuk bersiap untuk solat Maghrib yang pendek waktunya. Jika kita tidak bersiap awal, ada kemungkinan yang kita akan tergopoh-gapah mengerjakan solat Maghrib dihujung waktu dan memudahkan syaitan untuk mengganggu solat.
  3. Hendaklah kita sentiasa berhati-hati terhadap gangguan syaitan, terutamanya pada waktu senja, iaitu waktu mereka keluar berkeliaran.
  4. Untuk hidup aman di dunia dan akhirat, adalah perlu kita mengikut petunjuk dari Rasulullah SAW.