Halaman


Custom Search

Booking your hotel here!!!

Jumaat, 23 Mac 2007

Manusia Yg Mendapat Doa Para Malaikat

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)

Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia" (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf - saf terhadapan" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF
(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Para Imam iaitu Ahmad , Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu" (Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

Rabu, 21 Mac 2007

Soalan Nabi Kepada Iblis

Soalan Nabi s.a.w : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi s.a.w : "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

Soalan Nabi s.a.w : "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis: "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi s.a.w : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w : "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 Hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."


Soalan Nabi s.a.w : "Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau?"
Jawab Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi s.a.w : "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam?"
Jawab Iblis: "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".

Soalan Nabi s.a.w : "Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu".
"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buahhamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".

Soalan Nabi s.a.w : "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".
Jawab Iblis: "Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya : "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"

Maka firman Allah SWT:
"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku".
Maka kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.

1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.

Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemuliaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan:
Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"
Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW.

Khamis, 8 Mac 2007

Cara Minum Rasulullah

Rasulullah Salawatu Alai Wasalam amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah Salawatu Alai Wasalam juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasulullah Salawatu Alai Wasalam suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.



Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah Salawatu Alai Wasalam suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.


Ringkasan adab minum
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minumsambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain.Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.


petikan: kedahonline.net

Isnin, 5 Mac 2007

Khamis, 1 Mac 2007

Masalah Yang Timbul Ketika Memilih Calon Isteri


Jika seorang lelaki menghadapi masalah ketika memilih calon isteri kerana sebahagian sifat-sifat calon yang baik ada pada seorang perempuan dan sebahagiannya pula terdapat pada perempuan lain. Maka hendaklah dia mendahulukan atau mengutamakan perempuan yang beragama kemudian yang berakal dan berakhlak baik, kemudian dari baka yang ramai anak, kemudian dari keturunan baik-baik, kemudian yang masih anak dara, kemudian yang cantik rupa parasnya dan akhir sekali ialah yang ada maslahat untuk kebaikan dirinya.

Contoh 1:
Perempuan A: Beragama tetapi kurang berakal
Perempuan B: Berakal tetapi kurang agamanya
Hendaklah memilih perempuan A.

Contoh 2:
Perempuan C: Kurang agamanya, tidak dari baka ramai anak tetapi berakal dan baik akhlaknya
Perempuan D: Kurang agamanya, kurang barakal tetapi dari baka ramai anak dan mempunyai akhlak yang mulia.
Hendaklah dia mendahulukan perempuan C.

Contoh 3:
Perempuan E: Hanya mempunyai satu sifat sahaja, iaitu dari baka ramai anak.
Perempuan F: Hanya mempunyai satu sifat sahaja, iaitu dari keturunan baik-baik.
Hendaklah mendahulukan perempuan E.

Contoh 4:

Perempuan G: Hanya satu sifat sahaja iaitu anak dara.
Perempuan H: Hanya satu sifat juga iaitu cantik rupa parasnya.
Hendaklah memilih perempuan G.

BERISTIKHARAH SEBELUM MEMINANG
Setelah menemui wanita yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendakki oleh syarak, seorang lelaki disunatkan mengerjakan sembahyang Istikharah sebelum masuk meminang. Ini bertujuan untuk memohon petunjuk dari Allah SubhanAllah Wa Taala. agar pilihan yang dibuatnya itu di arahkah kepada kebaikan .

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Rahsiakanlah niatmu hendak meminang. Ambillah wudhuk dengan cara sebaik-baiknya kemudian sembahyanglah sebagaimana yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu. Pohonkanlah puji syukur kepadaNya dan agungkanlah Dia, Lalu ucapkanlah: Ya Allah, Engkau Maha Kuasa sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau Maha mengetahui segala yang ghaib. Jika Engkau memandang pada diri si fulanah terdapat kebajikan bagiku, bagi agamaku, bagi dunia dan akhiratku, takdirkanlah dia bagiku." (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari Abu Ayub) Al-Hakim mengatakan bahawa sunah ini biasa dilakukan oleh penduduk Mesir.

Panduan Memilih Anak Dara

PERTAMA: Dari keturunan baik-baik Maksud dari keturunan orang baik-baik ialah perempuan yang diketahui berketurunan ulamak atau orang-orang soleh .

Islam menggalakkan seorang lelaki agar berkahwin dengan perempuan dari keturunan alim ulamak dan orang-orang soleh. Kerana orang-orang soleh akan mengasuh dan mendidik anaknya kepada kebaikan.

HUKUM MENGAHWINI ANAK HARAM Adalah dimakruhkan mengahwini anak haram (anak zina), anak orang fasik, anak pungut atau anak yang tidak diketahui ibubapanya .

KEDUA:
Cantik Iaitu perempuan yang mempunyai rupa paras yang memberi keinginan kepada lelaki. Imam al-Ghazali menyatakan , iaitu kecantikan yang dapat menarik kemesraan dan kasih sayang.
Sabda Rasulullah s.a.w. : Ertinya: Sebaik-baik wanita ialah, apabila engkau melihatnya dia menyenangkan hatimu... Atas maksud inilah maka Islam mengharuskan melihat terlebih dahulu seorang wanita yang kahwini . Kerana kecantikan rupa paras dapat mententeramkan jiwa dan mampu memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi.

HUKUM MENGAHWINI PEREMPUAN YANG TERLALU CANTIK
Makruh hukumnya mengahwini seorang perempuan yang terlalu cantik rupa parasnya. Menurut imam al-Mawardi perempuan tersebut akan sombong dengan kecantikan yang dimilikinya . Menurut imam Ahmad pula: "Tidak terlalu cantik (ketika memilih calon isteri) kerana dia kurang tunduk kepadamu ".

KETIGA: Tidak dari kaum kerabat yang hampir Maksud kaum kerabat yang hampir ialah anak perempuan kepada bapa saudara atau emak saudara (sepupu) samada dari pihak ibu atau bapa. Islam tidak menggalakkan perkahwinan dengan kaum kerabat yang hampir ialah kerana ia telah menyimpangkan dari maksud asal perkahwinan iaitu memperhubungkan satu puak dengan puak yang lain

KEEMPAT: Anak dara Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Jabir r.a. yang telah menikahi seorang perempuan janda: Ertinya: Mengapa engkau tidak mengahwini anak dara supaya engkau dapat bergurau senda dengannya dan dia dapat bergurau senda dengan engkau.(Riwayat jamaah)

Terdapat beberapa sebab mengapa Islam menganjurkan agar umatnya mengahwini anak dara, antaranya ialah:
1. Manis dan lemah-lembut tutur katanya
2. Banyak anak
3. Redha dengan sedikit jimak
4. Jauh dari sifat-sifat kejahatan

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam perbualannya dengan Saiyidah Aisyah r.a.: Ertinya: Wahai Rasulullah s.a.w., seandainya engkau tiba di sebuah lembah, dan di lembah itu terdapat tanaman yang sudah dimakan dan terdapat pula tanaman lain uang belum pernah imakan, di manakah engkan akan menggembalakan unta engkau? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Di tempat yang belum pernah digembalai orang." Saiyidah Aisyah r.a. berkata: "Akulah tempat itu." Di dalam hadis di atas, Saiyidah Aisyah r.a. ingin menyatakan keutamaan dirinya kerana beliaulah satu-satunya gadis yang pernah dikahwini oleh Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: Ertinya: Kahwinilah anak dara kerana sesungguhnya mereka itu manis mulutnya,, ramai melahirkan anak tidak banyak kerenahnya dan redha dengan kerja yang lebih ringan dan mudah.

HUKUM MENGAHWINI JANDA Seorang lelaki dimakruhkan berkahwin dengan seorang janda melainkan jika mempunyai keuzuran seperti tidak berkemampuan untuk memecahkan dara disebabkan oleh lemah tenaga batin.. Seseorang itu disunatkan mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang belum pernah berkahwin .

KELIMA: Ramai anak Seorang lelaki boleh mengetahui bahawa perempuan itu akan mempunyai ramai anak dengan melihat kepada kaum kerabatnya. Jika kaum kerabatnya mempunyai ramai anak, maka insyaallah perempuan itu juga akan mempunyai ramai anak . Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: Berkahwinlah dengan wanita yang penyayang dan ramai anak. (Riwayat Abu Daud dan Nasi'i dari Ma'qil bin Yasar)

KEENAM: Tidak mempunyai anak dari lelaki lain Disunatkan mengahwini perempuan yang tidak mempunyai anak dari lelaki lain, kecuali jika terdapat maslahat seperti kerana mahu memelihara anak perempuan tersebut . Rasulullah s.a.w. sendiri telah mengahwini Ummu Salamah yang ketika itu telahpun mempunyai anak. Tetapi Rasulullah s.a.w. mengahwini Ummu Salamah kerana maslahat .

KETUJUH: Berakal Iaitu seorang perempuan yang bijak dan pintar dalam menguruskan segala hal ehwal rumahtangga. Dia bijak membelanjakan wang dan harta suaminya agar tidak berlaku pembaziran dalam berbelanja, pintar melayan kehendak suami hingga menyebabkannya tidak pernah jemu dan bosan. Dia menggunakan kebijaksanaannya untuk menjadikan rumahtangganya aman bahagia dan diredhai oleh Allah SubhanAllah Wa Taala.

KELAPAN:
Berakhlak mulia Mengahwini perempuan yang berakhlak mulia akan membAntu suaminya melakukan ibadah dan mendirikan hukum-hakam agama .

KESEMBILAN: Murah mas kahwinnya Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: Daripada Aisyah r.a., bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: Sebesar-besar keberkatan manusia itu ialah yang murah maharnya.

JAUHI PEREMPUAN INI!
Sebahagian daripada ulamak Arab telah berkata: Janganlah kamu mengahwini perempuan yang mempunyai enam sifat di bawah ini :

1. Perempuan yang sentiasa keluh-kesah dan mengadu mengenai dirinya itu dan ini. Di samping itu juga dia gemar menghiasi dirinya agar kelihatan cantik. Dalam perkahwinan, perempuan ini akan menyakitkan hati dan tidak akan memperoleh sebarang kebajikan darinya.

2. Perempuan yang suka mengungkit-ngungkit setiap kebaikan yang telah dilakukan terhadap suami.
Katanya kepada suami: "Aku telah melakukan kebaikan begini dan begitu kepada engkau tetapi engkau tidak pernah melakukan suatu apapun kebaikan padaku."

3. Ingin kepada lelaki lain dan ingin kepada anak dari suaminya yang lain. Perempuan yang bersifat begini wajib dijauhi daripada dikahwini.

4. Perempuan yang materialistik. Dia mahu membebankan suami dengan menyuruhnya membelikan untuknya itu dan ini.

5. Perempuan yang mempunyai dua sifat, iaitu:
i. Perempuan yang gemar bersolek agar dirinya kelihatan cantik dan bergaya. Kemudian dia keluar ke sana sini untuk memperaga kecantikannya.
ii. Perempuan yang cerewet terhadap makanan dan tidak makan kecuali bersendirian. Ditambah pula dengan sikapnya yang tidak pernah merasa cukup terhadap pemberian suami.
6. Perempuan yang banyak cakap atau becok mulutnya

SIFAT YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN DAN SEBALIKNYA BAGI LELAKI

Menurut saidina Ali r.a. pula : Terdapat tiga sifat yang tidak baik seandai ada pada seorang lelaki, tetapi ia adalah paling baik seandainya ada pada seorang perempuan, iaitu:

1. Bakhil atau kedekut, kerana apabila seorang perempuan bersifat demikian akan terpeliharalah harta suaminya .

2. Membesar diri, kerana apabila seorang perempuan itu membesar diri maka dia tidak akan bercakap-cakap dengan seseorang menggunakan kata-kata yang lemah lembut. Dengan ini terpeliharalah perasaan cemburu suaminya.

3. Penakut, kerana apabila seorang perempuan itu bersifat penakut maka dia tidak akan keluar dari rumahnya. Dengan ini sifat cemburu suaminya dapat dikawal.