Halaman

Rabu, 25 April 2007

Sifat-sifat Wanita Ahli Syurga

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita  memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila  seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan),  menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga  melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas  sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang  menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan  kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan  ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu  dilaksanakan.
Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara  pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah  Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara  yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang;  sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan  sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih  kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk  menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang  lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Disamping menunaikan kewajipan kepada  Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak  boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan  tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya.  Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas.  

Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan  itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan  menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya  dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok  didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu  Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan  adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga  akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika  kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya.  Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang  wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:  "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang  beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila  seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu  menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman,  dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh  itu berjaga-jagalah!"

Taat kepada suami merupakan satu  lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah  ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan.  

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu  Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa,  bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan  berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi  sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka."  (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan  dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat  sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh  mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini,  para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.

Saidina  Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi  Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan  lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat  manusia."

Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah  hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita  yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya,  Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia  berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat  Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di  atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada  Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga  dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan  redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di  akhirat.

Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik

KAUM wanita amat mengambil  berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.

Oleh itu, ramai di kalangan  wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara  cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.

Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga  kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.

Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau  bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada teks  syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung  perbuatan mencukur bulu kening.

Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq  pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.

Beliau lalu bertanya kepada  Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di  dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah  kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."Hadis kedua diriwayatkan  oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw  bersabda:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka  (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya  (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.  

Perbuatan itu telah mengubah  ciptaan Allah."Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan  Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami,  boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan   bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur  bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang  cantikMengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah.  

Ibn al-Athir berpendapat ia  bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka  dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud  wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula  berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya  dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

Keterangan di atas  menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut  bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha  berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah  diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk  dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis  kedua.

Namun demikian, bagi wanita  yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik,  bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak  dianggap mengubah ciptaan Allah.Kesimpulannya , berhias untuk suami adalah  diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya  sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan  sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti  jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami  atau tidak.

Dalam keghairahan wanita  mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai  terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan  bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.

Hukum Berjabat/Bersalam & Bercium Tangan

Kita akan membahagikan pembahasan ini kepada beberapa bahagian:
1. Hukum berjabat tangan/bersalam  
2. Hukum mencium tangan  
3. Hukum membongkokkan badan  
4. Hukum bersujud kepada selain Allah  
5. Rumusan  

1. Hukum berjabat tangan/bersalam
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Abu Qatadah berkata, aku bertanya kepada Anas r.a.: "Apakah para  sahabat Rasulullah s.a.w. dahulu saling berjabat tangan" Dia menjawab: "Ya." (HR  Bukhari)  
 
Dari al-Barraa' bin Azib r.a., katanya telah sabda Rasulullah  s.a.w.:  
"Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling  bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka  berpisah." (HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)  
 
Dari Athaa' bin Abdullah al-Khurasani, katanya Nabi s.a.w. telah  bersaba:  
"Hendaklah kamu saling berjabat tangan, nescaya hilanglah rasa  dengki. Hendaklah kamu saling menmberi hadiah, nescaya kamu saling mencintai dan  hilanglah permusuhan." (Hadis Mursal riwayat Imam Malik)  
 
Dari al-Barra"bin al-Azib r.a., katanya, telah bersabda  Rasulullah s.a.w.:  
"Sesungguhnya jika dua orang Islam bertemu, lalu saling berjabat  tangan, saling mengasihi dan saling menasihati, nescaya bertebaranlah dosa-dosa  yang ada pada kedua orang itu."? (HR Ibnu Sunni)  
 
Hadis di atas adalah di antara hadis yang menunjukkan bahawa  berjabat tangan ketika bertemu adalah sunat hukumnya.  
 
2. Hukum mencium tangan
Al-Nawawi mengatakan bahawa dianjurkan agar mencium tangan orang yang kemuliaannya disebabkan oleh perkara yang bersangkut paut dengan agama. Seperti seorang yang zuhud, alim/ulamak, salih, warak dan sebagainya. Ini termasuklah kedua ibubapa kita yang muslim.  
 
Dimakruhkah mencium tangan seseorang yang dipandang mulia dengan sebab-sebab keduniaan, seperti orang kaya, orang yang berpangkat, berkedudukan tinggi dan sebagainya. Perbuatan ini amat tidak disukai.  
 
Dari Zari' r.a., yang termasuk di dalam rombongan Abdul Qais,  dia berkata: "Kamipun berlumba-lumba turun dari kenderaan kami, lalu kami  mencium tangan dan kaki Nabi s.a.w."  
 
3. Hukum membongkokkan badan
Adalah dimakruhkan membongkokkan badan kerana mahu menghormati  seseorang.  
 
Dari Anas r.a., katanya: Seorang lelaki bertanya: Wahai  Rasulullah s.a.w., jika seseorang dari kita bertemu saudaranya atau temannya,  apakah dia perlu membungkuk kepadanya? Baginda menjawab: "Tidak." Orang itu  bertanya: "Apakah dia perlu memeluk dan menciumnya?" Baginda menjawab "Tidak."  Orang itu bertanya: "Apakah perlu dia memegang tangannya dan bersalam  dengannya?" Baginda menjawa: "Ya." (HR al-Tarmizi)  
 
Hadis di atas bermaksud:  
1. Makruh membungkukkan badan kepada seseorang.  
2. Makruh memeluk dan mencium seseorang kecuali jika kembali dari  permusafiran.  
3. Sunat berjabat tangan ketika bertemu.  
 
Kita sering melihat mereka yang berada di atas pentas kerana berucap atau membuat persembahan. Sebelum atau selepas berucap atau membuat persembahan, mereka akan menundukkan badan sebagai tanda hormat kepada para hadirin. Perbuatan ini adalah dimakruhkan.  
 
4. Hukum bersujud kepada selain Allah
Umat Islam dilarang bersujud kepada selain dari Allah, samada ia  berbentuk peribadatan atau penghormatan sahaja.  
 
Jika ditanya, bagaimana dengan sujud para malaikat kepada Adam? Bukankah  itu sujud dari makhluk kepada makhluk?  
 
Jawab: Sujud yang dilakukan oleh para malaika kepada Adam bukanlah sujud  yang berbentuk penyembahan (ibadah), tetapi sebagai penghormatan. Perkara ini disepakati oleh para ahli tafsir.  
 
Lagi pula sujud malaikat kepada Adam adalah atas titah perintah Allah yang  wajib dipatuhi.  
 
Sehingga kita sendiripun, jika seandainya Allah memerintahkan kita agar  sujud kepada seseorang, kita wajib mematuhinya. Jika perintah sujud itu  diperintahkan oleh selain Allah, maka haram melakukan.  
 
Sabda Rasulullah s.a.w.:  
"Seandainya aku diperintahkan agar seseorang itu boleh sujud kepada  seseorang lain, nescaya aku akan memerintahkan perempuan sujud kepada suaminya."  (HR al-tarmizi)  
 
Hadis di atas menunjukkan:
1. Larangan bersujud kepada selain dari Allah, kerana tiada arahan berbuat demikian.  
2. Suami wajib ditaati dan dipatuhi oleh si isteri.  
 
Ahli tasir mengatakan ada bebepa kemungkinan di dalam masalah  sujud malaikat kepada Adam:  
1. Malaikat benar-benar sujud kepada Adam dengan meletakkan  dahinya ke tanah. Bukan sebagai penyembahan tetapi sebagai penghormatan serta  melaksanakan perintah Allah.  
2. Boleh jadi juga para malaikat itu pada hakikatnya bersujud  kepada Allah, tetapi dengan menjadikan Adam sebagai kiblatnya. Ini sebagaimana  kita diperintahkan bersujud kepada Allah dengan menjadikan ka'bah sebagai arah  kiblah kita.  
3. Ada juga yang mengatakan bahawa sujud malaikat kepada Adam  bukanlah sujud dalam ertikata bersujud yang sebenarnya. Tetapi ia berbentuk  sujud maknawi, iaitu dengan berikrar dan mengiktiraf kelebihan Adam.

  ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Perlakuan sujud kerana menghormati (bukan penyembahan/ ibadah)  memang berlaku pada umat zaman dahulu. Termasuk pada zaman Ya'qub dan Yusof,  firman Allah Taala menceritakan mengenai Yusof a.s.:  
 
"Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas  kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf"(Yusof:100)  
 
Tradisi bersujud kerana hormat ini berlaku hinggalah berakhir  pada zaman Rasulullah s.a.w. Umat Muhamad di larang bersujud kepada selain dari  Allah.  
 
Ketika para sahabat melihat pokok dan unta bersujud kepada  Rasulullah s.a.w., mereka berkata: "Kami adalah lebih patut bersujud  kepadamu."Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sepatutnya seseorang itu  bersujud kepada selain dari Allah Tuhan seru sekelian alam."  
 
Perkara ini juga pernah terjadi kepada Mu'az bin Jabal yang baru  sampai dari Syam, lalu bersujud kepada Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: "Apa  ini"? Mu'az menjawab: "Wahai Rasulullah s.a.w., aku baru datang dari Syam, aku  pernah melihat mereka (penduduk Syam) bersujud kepada pembesar dan pendeta  mereka. Aku ingin melakukan itu terhadapmu." Baginda bersabda: " Jangan lakukan.  Jika aku diperintahkan sesuatu itu boleh bersujud kepada sesuatu, nescaya aku  akan memerintahkan agar wanita bersujud kepada suaminyaa£รก|.al-hadis." (HR  Ibnu Majah)  
 
Oleh itu, bersujud kepada selain dari Allah adalah haram  hukumnya. Tidak kira samada sujud itu kerana penyembahan atau hanya  semata-mata penghormatan.

  --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rumusan
1. Berjabat tangan adalah sunat.  
2. Mencium tangan adalah dianjurkan kepada mereka yang dimuliakan dari segi  keagamaan. Dimakruhkan jika kemuliaan itu dari segi keduniaan.  
3. Membongkokkan badan kerana menghormati seseorang adalah makruh.  
4. Bersujud kepada selain dari Allah adalah haram.  
5. Apabila kita berjabat tangan dengan ibu atau bapa kita, kita terpaksa  membongkokkan badan kerana mahu mencium tangannya. Kita membongkokkan badan  bukan atas tujuan menghormatinya. Hal ini dibolehkan, cuma tidak boleh  berlebih-lebihan.  

 
Wallhu a'lam  

 
Rujukan  
1. Al-Quran  
2. Tafsir al-Qurthubi  
3. Sahih Bukhari  
4. Al-Azkar  
5. Ahsanul Kalam

Khamis, 12 April 2007

Sebelum Tidur

Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Selasa, 10 April 2007

Kitakah Orang Tersebut

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan
.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Rabu, 4 April 2007

Ludah

Kadang kita tidak perasan, kita selalu meludah air liur merata-rata dan tanpa menghirau tempat tu kotor atau tempat najis.

Di dalam islam asal nak meludah pun air liur sekali pun ada cara-caranya. Kalau nak meludah air liur atau apa-apa didalam mulut janganlah didepan orang ramai atau orang sedang menjamu selera.

Kita sebagai umat islam mesti menjaga kebersihan dan jangan meludah air liur di tempat-tempat yang kotor seperti didalam tandas, longkang dan tempat-tempat kotor yang lain.

Yang amat penting kita perlu tahu ialah:-

1) Jika meludah kekiri - Kita akan meludah kepada syaitan/Iblis (DIGALAKKAN)

2) Jika meludah ke kanan - Kita seperti telah meludah ke arah Nabi kita iaitu Mohammad SAW (Nauzubilah)

3) Jika meludah Ke depan - Kita seperti telah meludah kearah ALLAH SWT. (Nauzubilah)

Jadi ingat-ingatlah ketika ingin meludah tu, meludahlah selalu ke sebelah kiri.

Wallahualam.

Isnin, 2 April 2007

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.