Halaman

Khamis, 1 Mac 2007

Masalah Yang Timbul Ketika Memilih Calon Isteri


Jika seorang lelaki menghadapi masalah ketika memilih calon isteri kerana sebahagian sifat-sifat calon yang baik ada pada seorang perempuan dan sebahagiannya pula terdapat pada perempuan lain. Maka hendaklah dia mendahulukan atau mengutamakan perempuan yang beragama kemudian yang berakal dan berakhlak baik, kemudian dari baka yang ramai anak, kemudian dari keturunan baik-baik, kemudian yang masih anak dara, kemudian yang cantik rupa parasnya dan akhir sekali ialah yang ada maslahat untuk kebaikan dirinya.

Contoh 1:
Perempuan A: Beragama tetapi kurang berakal
Perempuan B: Berakal tetapi kurang agamanya
Hendaklah memilih perempuan A.

Contoh 2:
Perempuan C: Kurang agamanya, tidak dari baka ramai anak tetapi berakal dan baik akhlaknya
Perempuan D: Kurang agamanya, kurang barakal tetapi dari baka ramai anak dan mempunyai akhlak yang mulia.
Hendaklah dia mendahulukan perempuan C.

Contoh 3:
Perempuan E: Hanya mempunyai satu sifat sahaja, iaitu dari baka ramai anak.
Perempuan F: Hanya mempunyai satu sifat sahaja, iaitu dari keturunan baik-baik.
Hendaklah mendahulukan perempuan E.

Contoh 4:

Perempuan G: Hanya satu sifat sahaja iaitu anak dara.
Perempuan H: Hanya satu sifat juga iaitu cantik rupa parasnya.
Hendaklah memilih perempuan G.

BERISTIKHARAH SEBELUM MEMINANG
Setelah menemui wanita yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendakki oleh syarak, seorang lelaki disunatkan mengerjakan sembahyang Istikharah sebelum masuk meminang. Ini bertujuan untuk memohon petunjuk dari Allah SubhanAllah Wa Taala. agar pilihan yang dibuatnya itu di arahkah kepada kebaikan .

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Rahsiakanlah niatmu hendak meminang. Ambillah wudhuk dengan cara sebaik-baiknya kemudian sembahyanglah sebagaimana yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu. Pohonkanlah puji syukur kepadaNya dan agungkanlah Dia, Lalu ucapkanlah: Ya Allah, Engkau Maha Kuasa sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau Maha mengetahui segala yang ghaib. Jika Engkau memandang pada diri si fulanah terdapat kebajikan bagiku, bagi agamaku, bagi dunia dan akhiratku, takdirkanlah dia bagiku." (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari Abu Ayub) Al-Hakim mengatakan bahawa sunah ini biasa dilakukan oleh penduduk Mesir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan